CARA CASHOUT ADSENSE ! | Sebelum ini aku ada kongsi misi adsense di blog aku ini . misi adsense tersebut adalah merupakan pengalaman aku dengan adsense . jadi korang boleh baca dekat blog ini . korang cari sendiri ya . hehe baik hari ini aku nak ajar korang macam mana nak cashout adsense .

Nak cashout adsense ini mudah sahaja, pastikan dalam account anda mempunyai 100 dolar, selagi tak cukup 100 dolar korang tak boleh cashout .yang keduanya adalah cara pembayaran adsense atau cara korang nak cashout adsense . Sebenarnya ada 3 cara nak cashout adsense ni. yang pertama menggunakan western Union,kedua wire transfer dan yang ketiga adalah dengan cheque .

Setakat ini aku hanya menggunakan kaedahwire transfer sahaja, dengan cara ini, earnings korang akan di bank in terus ke account bank anda. mudah kan ! nanti aku cerita details mengenai cara cashout adsense terus ke bank anda .

Berikut merupakan ilustrasi bergambar mengenai cara cashout adsense :


CARA CASHOUT ADSENSE !

CARA CASHOUT ADSENSE !


1. Korang buka account adsense korang , di bahagian kanan atas ada lambang screw. korang klik situ dan select " payment "


CARA CASHOUT ADSENSE !

2. Korang akan masuk ke ruangan seperti gambar di atas , korang klik manage di column ke 2 iaitu how to get paid .


CARA CASHOUT ADSENSE !


3. add a new payment method .




CARA CASHOUT ADSENSE !

4. ada 3 cara macam aku tulis dekat atas, korang pilih yang mana korang berminat dan ikut langkah seterusnya iaitu isi maklumat korang lepas tu siap !

Sebelum korang pilih yang pelik-pelik, aku cadangkan korang guna wire transfer je. sebabnya direct masuk ke account korang. kalau korang guna western union dengan cek , korang akan dapat lambat duit itu sebab diorang nak hantar pun makan masa. guna je cara laju. hehe

Oh ya selepas selesai isi maklumat korang, korang patah balik ke payee setting macam dalam gambar di bawah :



CARA CASHOUT ADSENSE !


di bahagian bawah ini korang klik payment method yang korang pilih ya. supaya adsense dapat detac korang nak cashout dengan cara apa . lagi satu pastikan korang buat cara cashout adsense ini sebelum 21 hb ya, sebabnya 21 hb selalunya adsense akan semak earning kita, kalau cukup 100 dolar maka kita boleh la cashout. huhu

Semoga berjaya buat duit dengan adsense. maaf sebab aku buat entri agak cincai. tak pa nanti aku update semula ya.

Sekian.



WANTED OHSEM BLOGLIST BLOG KAKLONG !  |  Lama juga blog ni tak join segmen . hehe kali ini,kita join segmen dari blogger kaklong . jom ramai-ramai memeriahkan lagi segmen wanted ohsem bloglist blog kaklong ni !



WANTED OHSEM BLOGLIST BLOG KAKLONG !

Jom join segmen WANTED OHSEM BLOGLIST BLOG KAKLONG !  . huhu

Sekian.
RANCANG PERJALANAN BLOG KALAU ANDA SERIUS UNTUK BERBLOG ! |  Baik, hari ini aku menulis kembali untuk mendapat semangat setelah tak bersemangat sebelum ini. untuk blogger baru, tips ini mungkin berguna untuk korang yang nak stay lama dalam dunia blog. Aku dah jumpa ramai orang yang ada blog, tapi hanya untuk beberapa ketika sahaja,kemudian dia putus asa.


Panduan Blogger


Aku tak mau blogger yang betul-betul serius buat blog tapi akhirnya kecundang. Jangan ya . Bila dah mula, maka habiskan. Insyaallah ada hasil . Macam korang baca dalam tajuk entri ini mengenai rancang perjalanan blog anda . kenapa aku suruh korang rancang perjalanan blog ? sebabnya aku nak korang nampak apa yang korang nak hasilkan dari blog. aku tahu korang hanya menulis mungkin sekadar suka-suka. tetapi apasalahnya kita letak target. mana tau,rezeki kita murah untuk dapat jana income online ? cuba pikiaq tengok na.

Berbalik kepada perancangan perjalanan blog , aku tak tahu nak rancang perjalanan blog korang, aku hanya kongsikan mengenai perjalanan blog aku dan aku nak korang cuba ikut. kalau tak pun ,korang baca jela entri ni sampai habiskan.tak pun share dekat fb , insyaallah dapat pahala. hehe

Aku mulakan blog yang tidak fames, orang tak kenal . aku mula merancang untuk 6 bulan pertama ,apa yang aku nak . aku kata aku nak dapat follower tambahan, so aku teruskan usaha dan fokus kepada follower. aku nak fokus kepada pembaca blog dari google , jadi aku kena kuatkan dari segi SEO dan content yang kukuh. maka aku teruskan mencari benda itu . kedua-dua benda ni, aku hanya dapat satu sahaja, iaitu pembaca dari google. Followers aku tak tingkatkan sangat sebab aku malas join segmen. hahaha

Selepas 6 bulan , korang kaji balik apa yang korang dah buat. kalau perlu kekalkan,maka kekalkan . kalau tak mau teruskan, maka tinggalkan sahaja dan mulakan perancangan baru yang lebih sesuai dengan blog korang . Semalam aku ada update dekat facebook aku mengenai penulisan entri . aku minta blogger untuk keluar dari confort zone dan cuba benda baru sebabnya aku pernah cuba benda baru, dan aku meninggalkan perkara lama yang aku tulis dulu kerana benda baru atau cara baru ini lebih menguntungkan.




Dalam kata lain, fasa 6 bulan pertama ini adlaah fasa experiment. buatlah pelbagai eksperiment untuk blog korang. dan tolong baca apa yang pembaca blog korang nak dari korang. maka tulislah apa yang mereka nak dan pada masa yang sama tambahlah apa yang anda ingin tuliskan. ingat, itu blog anda, bukan blog sesiapa jadi anda berhak untuk menulis apa sahaja di sana. tak perlu takut. Jadi rancang perjalanan blog anda, supaya anda mampu memperoleh kejayaan dalam dunia blog .

Aku tulis ini bukan bermakna aku terbaik, aku pun masih belajar, aku hanya kongsi dengan blogger baru untuk kita saling menguat semangat antara satu sama lain. aku bukan cikgu atau sifu ,aku hanya seorang kawan korang.

Sekian.


IMPIAN SEORANG BLOGGER ! | Kali ini , aku nak kongsikan perkara yang menjadi impian untuk seorang blogger . Aku tahu ramai yang tak tahu matlamat sebenar dalam berblog. aku berani katakan, fasa blogger menulis kerana minat mungkin sudah terkubur kerana pelbagai peluang yang mampu di raih dengan hanya menjadi blogger.


IMPIAN SEORANG BLOGGER !


Antaranya adalah blogger mampu menjadi income sampingan, bina network dan sebagainya . Tujuan blogger sebenarnya adalah untuk menulis segala-galanya yang mereka mahu berkaitan topik yang mereka . Sebab blog adalah kepunyaan hak individu jadi,terpulang kepada blogger tersebut mencorakkan blog mereka .

Setiap blogger mempunyai impian antara impian mereka adalah agar pembaca blog mereka dapat informasi yang di cari sehingga membawa pembaca blog tersebut ke blog mereka . Ada pula blogger mempunyai impian untuk menguasai media sosial . aku nak jadi abang long kawasan katanya. terpulanglah kepada mereka mengenai impian mereka tersebut.

Satu sahaja aku nak ingatkan, jangan abaikan tanggungjawab kita untuk menyampaikan informasi kepada pengguna. Jangan biarkan mereka tertipu . Kalau nak cari rezeki dengan blog, pastikan tidak menindas orang lain dan sebagainya. semoga amal baik kita di berkati dan di redhai. tak salah untuk mempunyai impian, realisasikanlah impian anda. semoga berjaya .

Sekian.
TAK LIKE STATUS DI KATAKAN TAK SUPPORT KAWAN ?  ||  Perbincangan kita kali ini lebih berkisar kepada pendapat . jadi apabila berkisar mengenai pendapat, aku menghargai pendapat korang sama ada menyokong atau tidak . jadi aku harap korang juga menghormati pendapat aku . Sejak dua menjak ini aku baca banyak status yang seakan-akan memberi maksud "TAK LIKE STATUS DI KATAKAN TAK SUPPORT KAWAN ? " .


TAK LIKE STATUS DI KATAKAN TAK SUPPORT KAWAN ?



Betul ke macam ni ? Kita dikira tidak support kawan sebab kita tak like atau komen di status fb mereka ? bagi aku mungkin faktor kita sendiri yang kurang mesra dengan kawan kita tu, sesetengah orang ada barrier atau penghadang untuk dia berkomunikasi dengan orang lain . jadi mungkin dia tak like atau comment itu bersebab jadi kita janganlah terasa hati ya .

Mungkin juga Status korang tak naik langsung dekat wall dia, jadi tak kan korang nak harap dia stalk korang kot. betul tak ? aku nak tanya, korang rajin ke stalk kawan korang ? atau korang hanya sekadar melihat apa yang ada di wall korang jer ? .


Dan yang terakhir adalah, setiap pengguna media sosial berhak menentukan sama ada dia nak like atau tidak, kita hanya perlu sangka baik sahaja, kalau kita perlukan like, apa kata korang minta dekat orang yang korang nak dia like tu sama ada dengan pm atau korang komen direct dekat dia. ramai dah yang buat macam ni.

Sebagai penutup, aku ingatkan sekali lagi, ini hanyalah pendapat aku, aku tak salahkan korang kalau korang berbeza pendapat dengan aku . aku tulis ni pun sebab suka-suka, blog ni jarang di update,sebab tu aku tulis tu. hehe aku hormat pendapat korang. Maaf salah silap.

Sekian.

KENAPA SAMSUNG NOTE 7 BOLEH MELETUP ?  ||  Baru-baru ini banyak kes yang melibatkan samsung note 7 meletop sehinggakan menimbul keraguan kepada pengguna sama ada betul ke telefon samsung note 7 boleh meletup. Menurut laporan dari pihak samsung sendiri, mereka telah mendapat 23 laporan mengenai samsung note 7 meletup sejak dari pelancaran telefon bimbit itu tempoh hari .


KENAPA SAMSUNG NOTE 7 BOLEH MELETUP ?


Dan selepas siasatan di buat, ternyata betul dakwaan pengguna yang mendakwa telefon bimbit samsung note 7 meletop kerana baterinya meletop. ia di akui oleh pihak samsung selepas melakukan siasatan. oleh sebab itu pihak samsung telah memberhentikan sekejap penghantaran telefon bimbit samsung note 7 ke tempat lain sebagai langkah berjaga-ja.

Jadi terjawab sudah persoalan mengenai kenapa samsung note 7 boleh meletup ? . Ia melibatkan bahagian bateri samsung note 7 yang menyebabkan telefon bimbit berkenaan meletop . Syarikat penerbangan seperti MAS dan singapore Airline juga melarang penumpang mereka membawa masuk Telefon bimbit samsung note 7 ketika di dalam pesawat kerana bimbang kejadian yang tidak di ingini berlaku .

Sekian.


MANUSIA INGIN MENJADI HERO MEDIA SOSIAL !  || Pelbagai isu yang berlegar dalam kalangan pengguna media sosial . Isu-isu ini di perdebatkan untuk mencari siapa yang betul dan siapa yang salah. sedangkan kita sebagai pengguna media sosial harus tahu satu perkara,apabila ia berkaitan pendapat, maka ia tidak semestinya akan ada betul atau salah . Ia lebih kepada kita untuk menghormati pendapat orang lain .


social media hero !


Ada segelintir yang sanggup menggunakan kata-kata kesat untuk mematikan hujah rakan lain. Ada pula sanggup bergaduh semata-mata nak cakap hujahnya paling tepat. Antara topik yang menjadi bualan sebelum ini adalah isu vaksin, isu pokemon go,isu tahlil dan pelbagai isu lagi yang berlegar dalam kalangan rakyat malaysia.

Aku rasa, rakyat malaysia perlu belajar apa yang di namakan kaedah menerima sesuatu ilmu terutamanya dalam bidang keagamaan. Ulama dah gariskan panduan yang baik untuk kita dan jika kita ikut panduan mereka, pasti tidaka akan belaku pergaduhan. Mereka juga memberikan kita kefahaman dalam penerimaan sesuatu pendapat.

Dan yang terakhir sudah pasti seseorang itu perlu berlapang dada dalam menerima pendapat yang bercanggah dengannya . Aku yakin ramai yang nak menang bila berhujah.tetapi dia tidak sedar, kalau dia berlapang dada dengan perdebatan ,maka dia lebih layak di gelar pemenang kerana meletakkan pendamaian sebagai jalan utama dan mengelak pergaduhan dalam perdebatan.

Pendek kata, semua ini berkaitan dengan akhlak atau adab di media sosial. Semakin hari,rakyat malaysia makin hilang adab tak kira di dalam media sosial atau pun di luar media sosial.seakan-akan nilai baik yang di ajar sudah pudar dari hati-hati mereka. Kita doakan agar,rakyat kita mula kembali faham mengenai adab dan mengamalkannya.

Sekian.